UnPredictabLe Life...

UnPredictabLe Life...

Saya merupakan seorang anak kepada ibu saya yang sangat saya sayang...Isteri kepada suami yang sangat saya cintai, ibu kepada anak yang sangat saya kasihi, adik kepada 3 orang abg yang sangat saya hormati...
Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang and independent...Saya dibesarkan tanpa kasih sayang ayah...
My father was passed away 27 years ago...
Saya membesar sendirian...jarak umur abg2 saya dan saya juga agak jauh...jarak umur saya dan abg saya adalah 7 tahun...dan saya sering menjadi adik yang bersendirian dirumah.
Almost semua rumah di kampung tu pnah menjadi rumah persinggahan saya after balik sekolah (except my husband's house)


Tapi saya tak pnh lunch kat rumah org...(mak kate jangan lunch rumah org dan jangan susahkan org). Jadi walau lapar mane pon saya...saya akan tahan selagi mampu supaya tidak makan dirumah orang...
Saya sangat independent dari kecil...Setiap pagi saya kesekolah menumpang bas kilang Wearnes...dan saya akan sampai kesekolah setiap hari seawal jam 6.40pagi. Walau hujan ribut saya akan kesekolah dan setiap kali hujan jugalah saya akan menangis kesedihan melihat kawan2 dihantar oleh ibu dan ayah mereka kesekolah...saya melihat dari bangunan sekolah sebab seawal pagi saya dah membuka pagar sekolah...


Ibu saya bekerja di Kilang Nenas...beliau ada masa yang limited untuk menghantar saya kesekolah...saya memahaminya...beliau bukanlah manager atau supervisor...beliau hanyalah seorang operator pengeluaran bergaji borong yang hanya mendapat RM200 ++ gaji bulanan setiap bulan.
Beliau berusaha mengagihkan gaji beliau untuk membesarkan 4 orang anak yang ketika itu masih belajar. Walaupun kami dikategorikan sebagai orang yang kurang berada...kami tetap bahagia dan gembira sebagai sebuah keluarga...
Abang saya ketika itu masih belajar di Pusat Latihan Perubatan seremban (abg saya pertama), University Of Colombia United States(Abg saya kedua) dan Sek. Men. Sains Muar.(Abg saya ke3).. dan saya masih bersekolah rendah ketika itu...
Alhamdulillah...walaupun kami hidup dalam serba kekurangan...kami telah diberi didikan yang sempurna oleh ibu kami. 
'MY MOM IS THE MOST STRONGER WOMAN AND WONDER WOMAN IN D WORLD...'
dia sangat kuat dan tabah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal...dalam mendidik anak2nya dan mengharungi susah payah kehidupan...saya sangat respect ibu saya....


As I am a daughter...I know my mom's well ...Saya tau die sedih, die bergolok bergadai demi anak2...She loves us so much.
Hubungan kami adik beradik adalah sangat rapat...we enjoy our lives...Hari raya yang serba kekurangan pun sangat interesting bagi kami...Semua kami buat bersama, Kami bahagia dengan kehidupan kami...Saya sangat sayang keluarga saya....Kami hanya ada motor...dengan motor itulah ibu hantar dan ambil saya dari sekolah (kalo bas xde)...dengan motor tu jugalah sebagai pengangkutan kami kemana2...what a wonderful life....


15 Tahun berlalu...semua telah berubah...

This is a wonderful woman: mum & harith
Kami semua telah berkeluarga dan bekerjaya...abg saya yang sulong telah menjadi penyelia pembantu perubatan di Hospital Pontian. Isterinya pula sebagai Jururawat Staff di Hospital yang sama. Beliau mempunyai 4 orang anak. 3 perempuan dan seorang lelaki...
My Eldest Bro Family : Ajan, Kak G & Emir
Abang saya kedua tidak kurang hebatnya...beliau telah menjadi specialist engineer di PETRONAS dan mempunyai isteri dan 3 orang anak. 2 Lelaki dan seorang perempuan. Beliau telah membeli sebuah rumah untuk ibu saya (rumah yang saya duduki sekarang). Alhamdulillah rezeki beliau mmg melimpah ruah...
My 2nd Bro Family: Aca, Kak Nim & Yaya


Abg saya ketiga juga sangat berjaya. Baru sahaja menerima segulung PHD...
Beliau merupakan pensyarah di UTHM dan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai guru dan 2 org anak lelaki yang cute miut
My3rd Bro Family: Ami, kak Yanti, Akmal & Aqil


Saya???Alhamdulillah...telah berkahwin. Bekerja di ADTEC batu pahat sebagai pensyarah . Mempunyai seorang suami yang sangat penyayang, bekerja sebagai Jurutera di Flextronics...dan mempunyai seorang anak lelaki yang somel .
My Family : Zaki, ayu & Emir
Boy's in d family : Amirul, Ilham, Harith, Emir (akmal & Aqil not in pic)


Gurls in d Family : Hazerina, Yaya, Isha & Liya






Best Woman In d family 
































Allah dah tuliskan perjalanan hidup kite...sebenanya ianya sangatlah unpredictable...Tapi Alhamdulillah...Allah dah berikan yang terbaik untuk keluarga saya dan saya sangat bersyukur diatas nikmatmu Ya Allah...

0 comments:

Post a Comment